Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah
yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca
satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.
Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…
“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
“Jika
seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu
dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan,
sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan
segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.”
“Adalah lebih baik untuk berani
mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu
mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
“Jangan
putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik
untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda
sayangi selamanya.”
“Salah satu perkara yang paling indah
dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa
penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh
terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih
sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang
yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya
anda.”
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian.
Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti
perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”




0 comel/ensem:
Post a Comment